Satu perkongsian yang kontennya agak menjentik sanubari dia. Semoga apa yang aku lakukan ini sedikit sebanyak dapat mengubah dia dan diriku serta keluargaku ke arah yang lebih baik.
Yang aku dapati dari ustaz, jika kita seorang yang kuat dalamannya, ilmunya. Pabila kita dikelilingi dengan kelompok yang jahat. Kita tidak akan terikut ikut. Malahan kita membawanya kepada kebenaran.
Tetapi jika kita sedar yang ilmu kita masih belum cukup, hanya sekadar untuk diri kita sendiri. Dan kita lemah. Kita perlu menghindarkan diri kita dari golongan golongan yang jahat.
Sama ada kita menyendiri sekalipun hanya makan akar kayu sahaja. Ataupun kita berhijrah ke tempat yang baru.
Terima kasih ustaz, atas perkongsian ini. Semoga ustaz dan kita semua sentiasa di dalam rahmatNya.. Aminn..
No comments:
Post a Comment