بسم الله الرحمن الرحيم

Pages

Wednesday, 3 July 2019

Pahit

Perkara yang tak terfikir di benakku. Dahulunya, kita hanya menonton di dalam drama atau telefilem. Kita gelak, rasa lucu di dalam hati. Menyindir golongan pendosa itu. Eh belum kena kat batang hidung sendiri. Bila dah kena baru kau tau, ibaratnya langit jatuh menghempap kau, cukup berat, cukup lama mau pulih. Bagaimana nanti mau berdepan masyarakat yang mulutnya sinis dan pedas. 

Itu hanya manusia, bagaimana mahu berdepan dengan sang pencipta.

Apapun yang terjadi, kena hadap. Kena terima qada' dan qadar ini. Memang ku tahu bukan mudah. Tapi sebagai hambanya, selagi kita masih hidup, dugaan, cabaran dan hasutan syaitan akan terus berterusan. Semoga dia kuat, semoga kita kuat.

No comments:

Post a Comment