بسم الله الرحمن الرحيم

Pages

Sunday 7 July 2019

Tempoh perkenalan



Ramai orang kata, bila kita bertunang macam macam dugaan yang akan datang.

Tapi Alhamdullilah.. Aku mengenali dia dari zero. Saat lepas bertunang baru aku lebih tau hobinya yang lebih mendalam. Baru aku tau dia akan ada denganku saat suka dan duka. Dia memahamiku bagaikan seorang kawan baik yang sudah bertahun mengenaliku.

Dia juga cuba menerima kekuranganku, kegedikkanku dan perangai pelikku. Cuba mengenali keluargaku. Cuba bermesra dengan mereka sebaik mungkin.
Hal itu yang membuatku semakin cinta kepadanya. Aku juga cuba menjaga adab ketika bergaul dengan lain jantina. Kami sama sama menjaga diri masing masing.

Kuncinya, sama sama cuba memahami pasangan kamu. Yang buruk atau yang kamu tak suka cuba jelaskan cuba bincang untuk mencari jalan penyelesaian.
In shaa Allah, alam pertunangan ini suatu alam yang menjadi bekalan dan tempoh masa untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik untuk mengecapi kebahagian di alam perkahwinan pula. In shaa Allah..

Marilah kita berdoa semoga urusanku dan urusan kalian dipermudahkan oleh Allah.. Aminn

Friday 5 July 2019

Uzla (Menyendiri)

Satu perkongsian yang kontennya agak menjentik sanubari dia. Semoga apa yang aku lakukan ini  sedikit sebanyak dapat mengubah dia dan diriku serta keluargaku ke arah yang lebih baik.

Yang aku dapati dari ustaz, jika kita seorang yang kuat dalamannya, ilmunya. Pabila kita dikelilingi dengan kelompok yang jahat. Kita tidak akan terikut ikut. Malahan kita membawanya kepada kebenaran.

Tetapi jika kita sedar yang ilmu kita masih belum cukup, hanya sekadar untuk diri kita sendiri. Dan kita lemah. Kita perlu menghindarkan diri kita dari golongan golongan yang jahat.

Sama ada kita menyendiri sekalipun hanya makan akar kayu sahaja. Ataupun kita berhijrah ke tempat yang baru.

Terima kasih ustaz, atas perkongsian ini. Semoga ustaz dan kita semua sentiasa di dalam rahmatNya.. Aminn..

Thursday 4 July 2019

Insomnia

Seorang kawan di tempat kerja lamaku tak boleh tidur di kala malam. Bermacam cadangan aku utarakan. Menganggap ianya remeh mudah untuk diubati. Eh disuruh minum susu panas la, suruh senam sebelum tidur la. Kini aku alaminya. Mata kelat. Pikiran masih melayangl

Wednesday 3 July 2019

Pahit

Perkara yang tak terfikir di benakku. Dahulunya, kita hanya menonton di dalam drama atau telefilem. Kita gelak, rasa lucu di dalam hati. Menyindir golongan pendosa itu. Eh belum kena kat batang hidung sendiri. Bila dah kena baru kau tau, ibaratnya langit jatuh menghempap kau, cukup berat, cukup lama mau pulih. Bagaimana nanti mau berdepan masyarakat yang mulutnya sinis dan pedas. 

Itu hanya manusia, bagaimana mahu berdepan dengan sang pencipta.

Apapun yang terjadi, kena hadap. Kena terima qada' dan qadar ini. Memang ku tahu bukan mudah. Tapi sebagai hambanya, selagi kita masih hidup, dugaan, cabaran dan hasutan syaitan akan terus berterusan. Semoga dia kuat, semoga kita kuat.

Wednesday 11 May 2016

Menunggu..

Sejak zaman sekolah ke zaman kolej ke bukan aku la orang yang nak menunggu kawan ke. Nak mengajak kawan teman ke mana mana. Annoying kot. Haha, aku lebih suka sorg sorg ke mana mana. Takyah semak tunggu sesiapa atau sesiapa menunggu aku..